Kisah Qaarun yang kaya-raya
Firman Allah :
“Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) tatkala kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah” (seperti lagakmu itu).
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia ; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian ni’mat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”.
Qaarun menjawap (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku” (Kalaulah Qaarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya)
Kemudian Qaarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada sa’at itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qaarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”.
Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (diantara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal salih; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar”. (Ya’ni yang sabar dalam mengerjakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangannya)
Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah, dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.
Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qaarun – mulai sedar sambil berkata: “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hambaNya, dan Dialah juga yang menyempitkannya. Kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qaarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan ni’mat Allah itu tidak akan berjaya!” ( Ya’ni kekayaan dan kemiskinan adalah menurut ketetapan Allah dan hikmat kebijaksanaanNya. Sebenarnya kemewahan yang diperolehi seseorang itu tidaklah menjadi alamat bahawa ia diredhai Allah; demikian juga kemiskinan yang menimpa seseorang, tidak menjadi alamat bahawa ia dimurkai Allah)
(Al-Qasas, 76-82)
Sunday, November 8, 2009
CINTA
Usah permainkan Cinta
Sebab ia akan menyakiti kamu
Usah jadikan Cinta teman
Seringkali Cinta itu menipu
Usah jadikan Cinta sahabat
Seringkali ia mengkhianati
Usah bersembang denganCinta
Kerna Cinta sering mencacimu
Tetapi jangan jadikan Cinta itu musuh
Sebab ia akan membunuhmu
Jangan sesekali banyak berCinta
Kerna ia akan memalukan kamu.
Usah permainkan Cinta
Sebab ia akan menyakiti kamu
Usah jadikan Cinta teman
Seringkali Cinta itu menipu
Usah jadikan Cinta sahabat
Seringkali ia mengkhianati
Usah bersembang denganCinta
Kerna Cinta sering mencacimu
Tetapi jangan jadikan Cinta itu musuh
Sebab ia akan membunuhmu
Jangan sesekali banyak berCinta
Kerna ia akan memalukan kamu.
Friday, October 9, 2009
Sunday, October 4, 2009
SIAPALAH AKU
Ketika kesepian aku termenung
Hatiku resah gelisah
Sambil mencari ketenangan
ku bertasbih memuji Mu
tidak pernah jemu rasanya
walau beribu kali diulangi
ketika itu ku tahu
kewujudan diriku sebenarnya
ku terus memuji Mu
kerana aku hanyalah hamba
sentiasa mengharap dari Mu
kerana Kau mahakuasa
jika ku Kau murkai
kerana dosa ku
itu hak Mu
ku tetap mencari redha Mu
ku mengharap rahmat dari Mu
Ketika kesepian aku termenung
Hatiku resah gelisah
Sambil mencari ketenangan
ku bertasbih memuji Mu
tidak pernah jemu rasanya
walau beribu kali diulangi
ketika itu ku tahu
kewujudan diriku sebenarnya
ku terus memuji Mu
kerana aku hanyalah hamba
sentiasa mengharap dari Mu
kerana Kau mahakuasa
jika ku Kau murkai
kerana dosa ku
itu hak Mu
ku tetap mencari redha Mu
ku mengharap rahmat dari Mu
Sunday, September 13, 2009
Friday, August 7, 2009

SELEPAS HOMEDIALIASIS
Selalunya bila balik dari rawatan dialisis, kalbu akan merintih kerana badan lesu dan letih, hanya pada Allah bermunajat memohon segala hajat, agar jiwa beroleh tenang dan taqwa. Pabila hilang lesu dan letih, minda pun segar kembali pulih, layari seketika blog, walau pun tidak ide nak menulis, baca ulasan rakan-rakan blogger. Hati kembali tenang dan bersemangat semula bila rakan-rakan blogger, terutamanya: a kl citizen, zai, anak muaalaf, triple x malaya, cahaya kenikmatan, afrar yunus, mendoa dan memberi ransangan semangat, begitu juga dengan ulasan dari na’im nik’mat, nurkasih, aisha, matabulat (lat), membuat jiwa selesa.
Setiap kali masa terluang akan ku layari, seboleh-boleh semua blog yang mengikuti akan blogku, akan bertambah pengetahuan cetekku ini apabila membaca nukilan-nukilan dari teman-teman blogger semua. Di sini pada rakan-rakan blogger semua aku ucapkan Syukran, Jazakallahu Khairan Kathira ……..Aminn Yaa Robbal “Alamin…….
Subscribe to:
Comments (Atom)


