Friday, October 9, 2009

JANGAN MENGHINA
Andai anda bijaksana
Madah kata biar mulia
Kalau anda insan berada
Biar anda bertimbang rasa
Allah jadikan semua insan
Dengan sebaiknya
Semulia kejadian
Sama darjatnya di sisi tuhan
Tiada tingginya tiada rendahnya
Janganlah kita hinakan
Itulah rahmatnya dari Allah
Pada hambaNya

Sunday, October 4, 2009






KITA MULIA KERANA BERKUASA DAN ADA KUASA






MABUK KUASA KITA JADI GILA - GILA KUASA
SIAPALAH AKU

Ketika kesepian aku termenung
Hatiku resah gelisah
Sambil mencari ketenangan
ku bertasbih memuji Mu
tidak pernah jemu rasanya
walau beribu kali diulangi

ketika itu ku tahu
kewujudan diriku sebenarnya

ku terus memuji Mu
kerana aku hanyalah hamba
sentiasa mengharap dari Mu
kerana Kau mahakuasa

jika ku Kau murkai
kerana dosa ku
itu hak Mu

ku tetap mencari redha Mu
ku mengharap rahmat dari Mu