Friday, August 7, 2009


SELEPAS HOMEDIALIASIS
Selalunya bila balik dari rawatan dialisis, kalbu akan merintih kerana badan lesu dan letih, hanya pada Allah bermunajat memohon segala hajat, agar jiwa beroleh tenang dan taqwa. Pabila hilang lesu dan letih, minda pun segar kembali pulih, layari seketika blog, walau pun tidak ide nak menulis, baca ulasan rakan-rakan blogger. Hati kembali tenang dan bersemangat semula bila rakan-rakan blogger, terutamanya: a kl citizen, zai, anak muaalaf, triple x malaya, cahaya kenikmatan, afrar yunus, mendoa dan memberi ransangan semangat, begitu juga dengan ulasan dari na’im nik’mat, nurkasih, aisha, matabulat (lat), membuat jiwa selesa.

Setiap kali masa terluang akan ku layari, seboleh-boleh semua blog yang mengikuti akan blogku, akan bertambah pengetahuan cetekku ini apabila membaca nukilan-nukilan dari teman-teman blogger semua. Di sini pada rakan-rakan blogger semua aku ucapkan Syukran, Jazakallahu Khairan Kathira ……..Aminn Yaa Robbal “Alamin…….