Friday, August 7, 2009


SELEPAS HOMEDIALIASIS
Selalunya bila balik dari rawatan dialisis, kalbu akan merintih kerana badan lesu dan letih, hanya pada Allah bermunajat memohon segala hajat, agar jiwa beroleh tenang dan taqwa. Pabila hilang lesu dan letih, minda pun segar kembali pulih, layari seketika blog, walau pun tidak ide nak menulis, baca ulasan rakan-rakan blogger. Hati kembali tenang dan bersemangat semula bila rakan-rakan blogger, terutamanya: a kl citizen, zai, anak muaalaf, triple x malaya, cahaya kenikmatan, afrar yunus, mendoa dan memberi ransangan semangat, begitu juga dengan ulasan dari na’im nik’mat, nurkasih, aisha, matabulat (lat), membuat jiwa selesa.

Setiap kali masa terluang akan ku layari, seboleh-boleh semua blog yang mengikuti akan blogku, akan bertambah pengetahuan cetekku ini apabila membaca nukilan-nukilan dari teman-teman blogger semua. Di sini pada rakan-rakan blogger semua aku ucapkan Syukran, Jazakallahu Khairan Kathira ……..Aminn Yaa Robbal “Alamin…….

6 comments:

  1. Kuatkan semangat ya akhi,ALLAH akan menguji hambanya untuk menguji tahap keimanan mereka. Ana akan sentiasa mendoakan kesihatan anta.Sabarlah menghadapi ujian hidup.Teruskan perjuanganmu ya akhi.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Allah akan menguji hambanya dengan segala macam.Kaya diuji dengan kekayaan,miskin diuji dengan kemiskinan,sihat diuji dengan kesakitan.Terimalah ujian Allah ini dengan redha tanpa keluh kesah.

    Semasa anak ana warded di Pantai Hospital minggu lepas ana rasa cukup perit ujian ini.Anak nak UPSR bln sept.MCnya sampai 21 ogos.Tetapi ana cool diri dengan menhayati nisfu syaaban.Alhamdulillah sms,emel dari sahabat dan saudara menjadikan ana tabah.

    Ana juga menharabkan akhi juga tabah dan bersabar dan sentiasa mengingati Allah.Ingatlah sahabat betapa sayangnya Allah kepada akhi sebab mendapat ujian berat ini.

    Insyaallah ana sentiasa mendoakan agar akhi dirahmati dan diberkati Allah.

    ReplyDelete
  3. salam bang..abang kne penyakit apa ni..x pe..tuhan nk uji kita..skrng2nya apa yg terjadi ni bwt kn kita lbh kerap lagi berhubung dngnNya.insyarallah...muga cpt2 smbh hndknye

    ReplyDelete
  4. X pe Abah... Anak mu sentiasa disisimu....

    ReplyDelete
  5. Semoga sakit ini mendekatkan dirimu dengan Sang Pencipta.. Semoga tabah dan kuat untuk menghadapi ujian ini..

    Bersyukurlah kerana sentiasa diuji kerana ujian adalah tanda Allah ingat kepada hambaNya..

    ReplyDelete
  6. sy doakn akhi cpt sembuh...kesakitan itu satu ujian dari Allah...

    ReplyDelete