Kini telah hampir setahun aku menjalani rawatan dialisis, dalam seminggu tiga kali berulang alik ke Pusat Rawatan Dialisis, empat jam setiap kali rawatan, apabila selesai rawatan selalunya badan akan rasa keletihan, minda juga letih, tiada daya upaya untuk menulis. Maka blog akan tinggal kosong agak lama juga.
Mesin dialisis dicipta sebagai alat mencuci atau kitaran darah bagi pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang, ianya sebagai alternatif sahaja sebagai fungsi menjalankan kerja-kerja yang dilakukan oleh buah pinggang, tidak akan selamanya sama seperti buah pinggang ciptaan Allah.
Selalunya rawatan ini memerlukam pesakit banyak bersabar, apa tidaknya, empat jam tersadai di bangku dialisis, fikirkankanlah aktiviti yang boleh kita lakukan selama itu jika kita kuat dan cergas tidak teperok di bangku tersebut, seperkara lagi memerlukan kesabaran ialah, setiap kali rawatan akan merasai akan kesakitan tusukan dua batang jarum di lengan/tangan atau bahagian-bahagian yang ditentukan, satu jarum menyambung dengan saluran untuk aliran darah keluar dan satu lagi untuk masuk semula setelah darah dikitarkan di mesin.
semoga Allah mempermudahkan segalanya....
ReplyDeletesyukran dgn doa dari a kl citizen
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSemoga diberi kesihatan yg lebih baik dari masa ke semasa..dan sekiranya redha dan bersabar diatas segala penderitaan yg dilalui moga2 Allah mengampunkan kita dan dapat menyucikan dosa2 yg tidak disedari oleh kita..
Salam,
ReplyDeleteSemoga saudara tabah dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara.Sabar menghadapi ujian Allah.Kesakitan adalah ujian dari Allah untuk menyucikan dosa-dosa kita tanpa kita ketahui.Semoga keluarga saudara dirahmati Allah dalam mereka sama-sama menghadapi ujian ini.Sebagai hambanya hanya doa yang dipohon dari yang Maha Pencipta.
Syukran, Alhamdulillah, segala pujian hanya kepada Allah. Segala doa dan nasihat kalian membuat saya lebih tabah menghadapinya. Moga di hari-hari mendatang saya di beri Allah dalam ketenangan dan kesabaran.
ReplyDeleteSalam ziarah di bulan ibadat
ReplyDelete