Friday, July 31, 2009

KEBAHAGIAAN DALAM DUKA

Ku sangka jalan luas lurus tiada bengkang bengkoknya
Kekadang disitulah ada bahayanya
Kecualilah jalan lurus yang luas terbentang, panjang tanpa tepiannya
Terasa kebebasan tanpa dikongkong
Selesa tidak dibelenggu
Tapi ianya umpama sekeping kertas ditimbunan buku
Lalai dihimpit kebodohan sendiri
Namun ku cari jati diri melalui jalan berliku
Walaupun jalan luas lurus senang dilalui
Ku tahu tiada keselesaan di jalan berliku
Namun itulah jalan yang ku lalui
Kerana di hujung sana ada kedamaian
Tiada bisikan gembira kedengaran di telinga
Cuma rasa duka kecewa singgah dijiwa
Kebahagiaan diriku adalah rasa duka ku
Selama ini duka itulah kebahagiaanku
Ketikanya akan tiba mengecapi kebahagian dalam duka
Mungkin waktu itu aku masih lalai dengan khayalan indah dunia

3 comments:

  1. perjalanan hidup
    memang pelbagai
    penuh warna

    semoga tabah dan
    diberikan Allah kekuatan

    ReplyDelete
  2. hidup beriman mati isyallah aman...salam dari ku..

    ReplyDelete