Sunday, October 4, 2009

SIAPALAH AKU

Ketika kesepian aku termenung
Hatiku resah gelisah
Sambil mencari ketenangan
ku bertasbih memuji Mu
tidak pernah jemu rasanya
walau beribu kali diulangi

ketika itu ku tahu
kewujudan diriku sebenarnya

ku terus memuji Mu
kerana aku hanyalah hamba
sentiasa mengharap dari Mu
kerana Kau mahakuasa

jika ku Kau murkai
kerana dosa ku
itu hak Mu

ku tetap mencari redha Mu
ku mengharap rahmat dari Mu

No comments:

Post a Comment