Tuesday, May 5, 2009





Tidaklah Allah memberati suatu diri melainkan sekadar terpikul olehnya. Dia akan mendapat pahala dari apa yang dia usahakan dan akan mendapat siksa atas apa yang dia usahakan pula. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau tuntut kami di atas kealpaan kami dan kekeliruan kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami siksa, sebagaimana yang pernah Engkau pikulkan atas orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau timpakan ke atas kami perintah yang tidak bertenaga kami dengan dia, dan maafkanlah (dosa-dosa) kami dan ampunilah kami dan kasihanilah kami; Engkau jualah Penolong kami. Maka tolonglah kami atas mengalahkan kaum yang tidak mahu percaya. (Ayat 286 : Surah al-Baqarah )

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda saw.

Sunday, May 3, 2009







Benarlah bahwa barang siapa yang mengembirakan saudaranya yang sedang kesusahan Allah akan mengembirakannya.Sebaliknya barang siapa yang yang membuat saudaranya susah,Allah akan menyusahkannya.

25 NASIHAT LUQMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

• Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
• orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
• Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
• Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
• Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
• Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
• Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
• Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
• Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
• Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
• Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
• janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
• Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
• Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
• Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
• Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
• selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
• Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
• Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
• Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
• Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
• Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
• Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
• Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
• Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sunday, April 26, 2009

KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)
Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu. Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda. Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127). Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T. Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125). Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim. Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27). Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana." Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaika seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah. Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah. Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji. Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat. Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

Friday, April 17, 2009

KISAH BENAR - SERBUK KAYU MENJADI TEPUNG
Diceritakan bahwa pada suatu hari seorang soleh bernama Ata' Al Azraq disuruh isterinya pergi kepasar untuk membeli suatu keperluan.
"Bang ,boleh tolong pergi kepasar." kata isterinya. "Hendak membeli apa ?" "Membeli tepung.Bahan makanan kita untuk hari ini sudah habis." "Mana wangnya ? Aku tidak mempunyai wang." kata Ata'. "Ini wangnya dua dirham."
Pergilah Ata' Al Azraq ke pasar untuk membeli tepung berbekalkan hanya wang dua dirham itu sahaja.Sekiranya wang tersebut hilang tentu dapur runmahnya tidak berasap.
Sesampainya di pasar sedang dia mencari kedai yang menjual tepung tiba2 terlihat seorang hamba abdi sedang menangis.Dia berdiri di bawah sebuah bangunan sembil mengesat2 air matanya yang mengalir tidak berhenti2.Kelihatannya begitu sedih dan takut sekali namun tiada seorang pun yang mengambil tahu apa yang terjadi kepadanya.
Ata' sangat kasihan melihat keadaan hamba tersebut lalu menghampirinya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.
"Mengapa kamu menangis ? Tak baik menangis di tempat orang ramai seperti ini." kata Ata'. "Aku kehilangan duit." jawab hamba tersebut. "Kalau sedah hilang mahu dibuat macamana lagi ?" "Tapi duit tersebut milik tuan saya yang disuruh membeli barang." "Agak2 di mana ia hilang ?" "Tak tahu.Aku sudah puas mencarinya namun tidak juga berjumpa." "Kalau begitu beritahu saja pada tuanmu,tak usah menangis." "Aku takut dia akan marah dan memukul aku." kata hamba itu ketakutan.
Ata' sangat kasihan terhadap hamba itu.Dia dapat membayangkan sekiranya tuan hamba itu seorang yang kejam dan kaki pukul tentu hamba tersebut akan dibelasahnya.
"Berapa duit yang hilang itu ?" tanya Ata' lagi. "Dua dirham saja." "Kalau begitu ambillah wang dua dirham ini sebagai pengantinya dan belilah apa2 yang disuruh oleh tuanmu." "Terima kasih pak cik." kata hamba itu.
Dengan wang dari Ata' tadi si hamba segera beredar dari tempat tersebut dan pergi ke kedai membeli barang yang dipesan oleh tuannya.Tinggallah Ata' terpaku sebentar kerana tidak tahu apa yang hendak dibuat.Dia berfikir2 bahwa isterinya sedang menunggu2 tepung yang dipesannya namun wangnya sudah tidak ada lagi.
Bagaimanakah dia akan mendapatkan tepung ? Padahal perutnya dan perut keluarganya sudah lapar.Untuk pulang dan berterus terang kepada isterinya dia takut kalau2 isterinya akan marah.
Dalam keadaan binggung dia pergi ke masjid.Di sana dia mengambil air sembahyang lalu mengerjakan solat sebanyak2nya.Lepas itu dia berdoa kepada Allah meminta rezeki dan lain2.Dia juga mengharap agar ada sesuatu yang dapat menghilangkan kesempitannya namun tiada jua
Kemudian dia pergi ke sebuah kedai milik kawannya yang bekerja sebagai tukang kayu.Di situ dia bertanya barangkali ada sesuatu yang dapat dimanaafatkannya.
"Aku tidak ada apa2.Serbuk kayu adalah.Kau boleh ambil itu untuk menyalakan api." kata temannya.
Dari pulang dengan tangan kosong Ata' membuka kantongnya lalu diisinya dengan serbuk kayu tersebut sehingga penuh. kemudiann diikatnya dan dibawa pulang.Orang yang tidak tahu menyangka tentu di dalam kantong tersebut berisi tepung sebagaimana kebiasaaanya.
Setibanya di rumah,Ata' membuka pintu lalu diletakkannya kantong tersebut.Kemudian dia bergegas pergi ke masjid dam mengerjakan solat sambil berdoa kepada Allah.Seolah2 dia tidak mahu tahu apa yang akan terjadi sekiranya isterinya membuka kantong tersebut yang isinya hanyalah serbuk kayu.
Dia terus berada di masjid sehingga selesai menunaikan solat Isyak dan tidak mahu pulang juga.Apabila diagak keluarganya sudah tidur maka pulanglah Ata' ke rumahnya.
Dengan perlahan2 dia melangkah agar orang yang tidur tidak sedar kedatangannya.Tetapi didapatinya keluarganya belum tidur malah sedang membuat roti yang sangat sedap baunya.Dia sangat hairan dari mana keluarganya mendapat tepung sedangkan wang untuk membeli tepung tadi digunakan untuk menolong orang.
"Dari mana adinda mendapat tepung ?" tanya Ata' "Dari kantong yang abang bawa itulah,dari mana lagi.Saya kan suruh abang membeli tepung tadi,dah lupakah ?" jawab isterinya. "Ooooo. ya...ya." kata Ata' pura2 lupa.
Ata' sedar bahwa tepung itu adalah kurnia Allah.Dia telah merubah serbuk kayu pemberian temannya itu menjadi tepung yang sangat baik karna Dia Maha Kuasa berbuat apa sahaja.Itu semua adalah berkat keikhlasannya menolong orang dan mengembirakan orang yang dalam kesusahan
Benarlah bahwa barang siapa yang mengembirakan saudaranya yang sedang kesusahan Allah akan mengembirakannya.Sebaliknya barang siapa yang yang membuat saudaranya susah,Allah akan menyusahkannya.

Friday, March 20, 2009

Renungan

KISAH TEMPAT TINGGAL ROH

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

· Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.

· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

· Orang-orang yang mati syahid.

· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

· Orang yang puasa hari Arafah.